Home / Muka Depan arrow Sejarah dan Objektif
 
Menu Utama/Main Menu
Home / Muka Depan
AJK / Council PARTS
Repeater / Pengulang
Ahli-ahli / Members
Sejarah dan Objektif
Borang Keahlian
Berita / News
Carian / Search
Hubungi / Contact PARTS
WebMail PARTS
Carian Callsign
Buku Tamu / Guestbook
Kegiatan / Activities
Galeri Foto / Photo Gallery
Coffee & Donut @ wakaf
2 Meter Net at 9M4RPK
Treasure Hunt
Pautan / Weblinks
I.T.U.
I.A.R.U.
M.C.M.C.
MARTS
MARTS Central Region
MARTS Northern Johor (SHC)
MARES
JASRA
NESRAC
PERAMAH
UNIARM
RACEs
ASTRA
SKMM ePayment
Pelbagai / Miscellaneus
Tetamu / Visitors
We have 4 guests online
mod_vvisit_counterToday75
mod_vvisit_counterYesterday135
mod_vvisit_counterThis week338
mod_vvisit_counterThis month930
mod_vvisit_counterAll121444
Since 08-June-2008
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitor Info
IP
PARTS! Syndicate
Sejarah Dan Objektif Penubuhan
Written by Redzuan Jamaluddin [9M2SLJ]   
Tuesday, 24 June 2008

Sejarah Dan Objektif Penubuhan

Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak

Perak Amateur Radio Transmitter's Society

(PARTS)

Idea penubuhan pertubuhan ini bermula pada satu perjumpaan rakan-rakan peminat radio amatur berlesen dan rakan SWAL yang bertukar menjadi mesyuarat awal kearah penubuhan sebuah persatuan radio amator. Bertempat di Bilik Aktiviti, Blok 8, Flat Jalan Hospital (Ashby), pada 22hb. April 2006 bersamaan Sabtu, jam 8.15 malam, hadir kira-kira 19 orang rakan radio amator. Mereka ialah Haji Mustapha Kamal bin Ismail (SWAL), Mohammad Nabil bin Redzuan (9W2MNR), Rozaman bin Wok (9W2RBB) Mohd Hisyam bin Abdul Hamid, (9W2XML), Hasnan bin Patoni (9W2EI), Mohd Husni bin Idin (9W2ABE), Redzuan bin Jamaluddin (9W2SLJ), Baijuri bin Jaafar (9W2ZOZ), Abdul Hamid bin Omar (9W2XMB), Mohd Sabri bin Zakaria (9W2PMC), Mohd Shahrom bin Mohd Sabri (9W2MAC), Akhiruddin bin Khalid (9W2PTT), Mahadi bin Yahya (9W2PHE), Nasiruddin bin Saad (9M2NNL), Mohamed Hashim bin Abas (9W2MH), Salim bin Ahmad (9W2EM), Amirul Akmal bin Makhtar (9W2IVI), Ikhwanuddin bin Hariffudin  (SWAL), Haji Noordin bin Jantan (SWAL).

Mesyuarat bermula kira-kira jam 9.10 malam. Encik Mahadi Yahya selaku penggerak utama mesyuarat telah mengucapkan syukur kepada Illahi dan selamat datang kepada semua yang hadir. Sesungguhnya malam itu adalah malam bertuah kerana ahli-ahli radio amator di Lembah Kinta telah bersatu untuk menjalankan kegiatan mereka. Majlis telah bersetuju dengan suara terbanyak memilih Encik Mahadi (9W2PHE) mempengerusikan mesyuarat pada malam tersebut, sementara Encik Nabil (9W2MNR) telah bersetuju untuk mencatat minit mesyuarat. Dalam Mesyuarat tersebut, Encik Redzuan bin Jamaluddin (9W2SLJ) berpendapat,  adalah baik untuk ditubuhkan satu badan atau persatuan bagi  memajukan kegiatan ahli radio amator di Lembah Kinta.

Ini berkait rapat dengan hasrat beliau iaitu mengotakan janjinya kepada rakan-rakan radio amator Lembah Kinta untuk mengujudkan sebuah pengulang (repeater) bagi kegunaan ahli-ahli radio amator di Lembah Kinta, sebagai menunaikan niat berikutan lulus peperiksaan RAE ketika itu. Dengan adanya pengulang tersebut akan merancakkan QSO dikalangan pemancar sekitar Lembah Kinta. Menurut beliau, yuran tahunan sebuah repeater untuk kegunaan persatuan hanya RM60.00 setahun, manakala jika ia didaftarkan atas nama persendirian, yurannya ialah sebanyak RM2,800.00. Oleh itu adalah sangat molek jika persatuan tempatan dapat ditubuhkan dan pengulang dilesenkan atas nama persatuan tersebut.

Cadangan ini disokong oleh Encik Hasnan bin Patoni (9W2EI). Menurut beliau, simplek V44 (145,550) selama ini menjadi wadah QSO rakan HAM. Walaubagaimanapun, bagi rakan yang tidak memiliki RIG di Base Station atau Antenna dengan ketinggian yang cukup, pancaran mereka hanya meliputi satu lingkungan yang kecil. Dengan kehadiran pengulang, ruang lingkup untuk berQSO menjangkau luar daerah dengan audio yang lebih baik. Ini sudah tentu membawa lebih kemudahan dalam perhubungan. Encik Roszaman bin Wok (9W2RBB) turut menyokong pendapat Encik Hasnan tersebut.

Kewujudnya persatuan dan repeater tersebut akan lebih memajukan lagi permuafakatan dalam bidang hobi ham radio. Cadangan ini seterusnya disokong dan dipersetujui oleh Tuan Haji Mustapha Kamal bin Ismail (SWAL), Encik Mohd Sabri bin Zakaria (9W2PMC), Encik Abdul Hamid bin Omar (9W2XMB), Encik Baijuri bin Jaafar (9W2ZOZ), Encik Mohd Husni bin Idin (9W2ABE), Encik  Akhiruddin bin Khalid (9W2PTT).Membincang membahas dan merumuskan persetujuan bagi menubuhkan kelab atau persatuan radio amator.

Pengerusi mesyuarat meninjau pendapat hadirin dengan  bertanyakan kepada yang hadir samada bersetuju untuk mengujudkan sebuah persatuan radio amator di Lembah Kinta. Semua yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk mengujudkan sebuah persatuan. Mereka bersetuju bukan sahaja persatuan diperingkat Lembah Kinta, tapi dikembangkan kegiatannya bagi meliputi peringkat Negeri Perak.

Menurut Encik Redzuan bin Jamaluddin (9W2SLJ) ia sebelumnya telah pergi Ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjayabertanyakan mengenai hajat mengujudkan sebuah repeater tersebut. Dalam jawapannya, pihak CMC telah bersetuju dan  menyatakan bahawa nama seperti Ipoh Amateur Radio and Emergency (AERES), boleh digunakan bagi sebuah persatuan yang menjalankan kegiatan membantu dimasa kecemasan hanya bagi Daerah Kinta sahaja. Manakala Perak Amateur Radio and Emergency Servises (PARES) boleh digunakan untuk meliputi negeri Perak sekiranya persatuan bertujuan mengadakan repeater atau rangkaian repeater diluar daerah Kinta. Ini memandangkan ada hasrat sahabat-sahabat diluar Lembah Kinta untuk membuat linking repeater mereka dengan Lembah Kinta.

Perkataan emergency adalah satu kemudahan mendapatkan kelulusan segera permohonan mendapatkan repeater. Encik Roszaman bin Wok (9W2RBB) yang bertugas sebagai Ketua Balai Bomba berpendapat adalah sukar untuk menepati maksud tujuan kecemasan tersebut. Ia akan melibatkan banyak ahli dan masa ditumpukan bagi mendengar panggilan kecemasan. Dengan lain perkataan persatuan tersebut harus berkhidmat 24 jam. Sedangkan radio amator cuma merupan satu hobi sahaja. Beliau mencadangkan perkataan kecemasan tersebut tidak digunakan.

Ini disokong oleh Encik Mohd Husni (9W2ABE) dan Encik Abdul Hamid bin Omar yang lebih suka dengan  nama Perak Amateur Radio Assosiation (PARA). Encik Nabil mengesyorkan nama Perak Amateur Radio Transmiters Society (PARTS) atau nama Melayunya Persatuan Penyiar Radio Amator Negeri Perak. Setelah dibuat pengundian nama persatuan tersebut diputuskan sebagai: Persatuan Penyiar Radio Amator Negeri Perak atau Perak Amateur Radio Transmiters Society, ringkasnya PARTS.

Bagi merealisasikan pertubuhan, satu Jawatankuasa (Sementara) Persatuan telah dilantik melalui mesyuarat tersebut bagi membuat Perlembagaan / Undang-undang serta kerja-kerja mendaftarkan persatuan.

 Pengerusi

  : Encik Redzuan bin Jamaluddin (9W2SLJ)

 Naib Pengerusi

  : Encik Nasiruddin Bin Saad (9M2NNL)

 Bendahari

  : Tuan Haji Mustapha Kamal bin Ismail (SWL)

 Setiausaha

  : Encik Mahadi bin Yahya (9W2PHE)

 Penolong Setiausaha

  : Encik Mohd Sabri bin Zakaria (9W2PMC)

Ahli Jawatankuasa:

  Encik Hasnan Patoni (9W2EI)
  Encik Mohd Hashim Bin Abas (9W2MH)
  Encik Akhiruddin bin Khalid (9W2PTT)
  Encik Mohd Husni bin Idin (9W2ABE)
  Encik Abdul Hamid bin Omar (9W2XMB)
  Encik Mohd Nor Bin Abdul Aziz (9W2RSB)
  Encik Mohd Nabil Bin Redzuan (9W2MNR)


Pemeriksa Kira-kira:

  Roszaman Bin Wok (9W2RBB)
  Mohd Shahrom bin Mohd Sabri (9W2MAC)

 

Penasihat:

  Encik  Abdul Khalid Bin Karim (9M2KM)
  Encik  Abdul Bahar Abdul Samad  (9M2SB)

 

Alamat Persatuan:

  No. 6, Persiaran Perindustrian Pengkalan 13,
  Kawasan Perindustrian Pengkalan,
  31500 Lahat, Perak D.R.

Setelah menempuh pahit getir, PARTS akhirnya berjaya ditubuh dan didaftarkan. Usaha pendaftaran PARTS mengambil masa 9 bulan dan berjaya didaftarkan pada 21 Februari 2007 dengan No. Pendaftaran 0337-07.PRK.

Persatuan sangat berterima kasih kepada Tuan Haji Mustafa (9W2GGR) kerana bantuan beliau yang beberapa kali naik turun ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi memastikan urusan pendaftaran dapat diluluskan.

Adalah ditekankan bahawa objektif penubuhan persatuan ini bukan bertujuan untuk memisah mahupun mengasingkan diri dari mana-mana persatuan radio amator lain tetapi sebaliknya sekadar memudahkan pengurusan keperluan aktiviti ahli radio amator tempatan.

Dengan adanya persatuan tempatan, aktiviti yang memerlukan naungan sebuah persatuan radio amator seperti permohonan lesen pengulang akan dapat direlisasikan dengan lebih mudah dan cepat.

Persatuan radio amator lain seperti MARTS, MARES dan ASTRA adalah bersifat global meliputi seluruh semenanjung Malaysia, malah lebih dari itu.

PARTS hanyalah pertubuhan dalam negeri Perak yang bertujuan menggabungkan ahli HAM yang tidak berpersatuan dan ahli dari persatuan-persatuan lain yang bersifat global kedalam kelompok negeri Perak khususnya dengan tidak mengganggu perjalanan serta keahlian mana-mana persatuan radio amator lainnya.

 

Semoga kehadiran persatuan ini mampu menyemarakkan hobi HAM radio tempatan sebagai mana dilakukan oleh JASRA (Johor), NESRAC (Negeri Sembilan), PERAMAH (Pahang), SPARC (Sungai Petani) dan di negeri masing-masing.

 
Daftar Masuk / Login





Lost Password?
PARTS Gallery Show

Galeri Foto Fox Hunt

Perak Fox Hunt 2007 - Hunt Day
Gallery Photo Stat
2M.NET Stream @ 9M4RPK
Status: ONLINE [STREAM]
Listener: 1 / 15 (1 Unique)
2m.Net Info @ 9M4RPK







2m NET WILL BE HELD ON
EVERY WEDNESDAY
AT 10:00 PM


STAY TUNED AT

 REPEATER : 9M4___
 FREQUENCY : 147.7125 MHz
 OFFSET : -0.600 MHz
 TONE : 233.6 Hz



Date  : 2009/06/17
Time : 21.30-23.40
Handle : Sdr. Lokman Putiman
Callsign : 9W2MPB
QTH  : ???
Check-in : 43 stations

 

Date  : 2009/06/10
Time : 22.xx-23.xx
Handle : Sdr. Zainuddin
Callsign : 9W2XXZ
QTH  : Portable Wakaf Parts
Check-in : 22 stations

 

Date  : 2009/06/03
Time : 22.xx-23.xx
Handle : Sdr. Asrul
Callsign : 9W2AEK
QTH  : Portable Wakaf Parts
Check-in : 21 stations

 

Date  : 2009/05/20
Time : 22.xx-23.xx
Handle : Sdr. Akmal
Callsign : 9W2AKC
QTH  : Chemor
Check-in : ?? stations

 

Date  : 2009/05/20
Time : 21.25-23.55
Handle : Sdr. Rashid Harun
Callsign : 9W2AOC
QTH  : Portable Chemor
Check-in : 38 stations

  *END OF CHECK-NET*





Peti Ucapan / Cadangan
UCAPAN / CADANGAN TERKINI: 1 minggu, 1 hari yang lalu
  • 9W2HBC : selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53... :D :D
  • 9w2shb : URL streaming telah berpindah ke www.mysaleh.net
  • 9W2HBC : tahniah shafif (9w2mju) tak lama lagiboleh la mendengar audio meke....
  • 9m2slj : terima kasih, dan sokongan anda Mohd Sharif bin Yahaya 9W2MJU no. ahli PARTS 183-10
  • 9w2nim : yaya.. tapi dia asyik hilang je. tak dapat nak pukat pun. hehe
  • 9W2HBC : macam mana boleh lupa bang naim....pasal asrul kena d-percepatkan hukuman tuuuuu.......mari mari meriuhkan web kita.....dapatkan pasword anda ...
  • 9w2nim : HBC.. teman lupa pasword. baru tadi minta baru.
  • 9w2nim : yaya.. agm dah selamat tapi AEK belum tentu di ampunkan oleh lembaga displin & tatatertib jalanraya...
  • 9w2aek : alhamdulilah.. rasanya telah selamat AGM PARTS.. namun minta maaf banyak2 teman tak dapat join... jauh diperantauan... semoga PARTS terus maju dibawah naungan 9M2SLJ
  • 9W2HBC : huh dah lama tak dak kekawan masuk chat book....mana pegi rakan rakan

Anda perlu log masuk sebelum menghantar ucapan atau cadangan!

© 2008~2010 Perak Amateur Radio Transmitter's Society
Best viewed at 1280 x 1024 resolution or higher.